1. Sila bertenang dan jangan cemas.
2. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
3. Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
4. Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
5. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
6. Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
7. Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
8. Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans masing-masing.
9. Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
10. Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
11. Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
12. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
13. Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans anda.
Ahad, 4 April 2010
Terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor
Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor, peraturan am yang perlu anda buat ialah:
1. Dapatkan maklumat terperinci berkaitan kemalangan seperti:
i. Nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat;
ii. Nombor pendaftaran, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat;
iii. Nombor lesen memandu pihak ketiga dan mengenal pasti insurans mereka; dan
iv. Nama dan alamat saksi seramai mungkin.
2. Ambil langkah untuk tidak memburukkan lagi keadaan seperti memanggil polis/ bomba dan melindungi bahagian yang tidak rosak.
3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
4. Beritahu pengendali insurans anda secepat yang mungkin diikuti dengan pemberitahuan secara bertulis.
5. Hantar semua dokumen sokongan berserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali insurans anda. Salinan-salinan berikut biasanya diperlukan:
i. Laporan polis.
ii. Kad pengenalan pemandu.
iii. Lesen pemandu.
iv. Kad pendaftaran kenderaan.
v. Cukai jalan.

Khamis, 1 April 2010
Apa itu Insurans Am ?
Disini saya ingin mendapatkan pendapat ramai mengenai insurans am di Malaysia.
Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.
Risiko yang dilindungi insurans am adalah:
Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
Produk utama insurans am termasuklah:
Polisi motor
Polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
Polisi kemalangan diri
Polisi perubatan dan kesihatan

Langgan:
Catatan (Atom)