Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kenderaan bermotor, peraturan am yang perlu anda buat ialah:
1. Dapatkan maklumat terperinci berkaitan kemalangan seperti:
i. Nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat;
ii. Nombor pendaftaran, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat;
iii. Nombor lesen memandu pihak ketiga dan mengenal pasti insurans mereka; dan
iv. Nama dan alamat saksi seramai mungkin.
2. Ambil langkah untuk tidak memburukkan lagi keadaan seperti memanggil polis/ bomba dan melindungi bahagian yang tidak rosak.
3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
4. Beritahu pengendali insurans anda secepat yang mungkin diikuti dengan pemberitahuan secara bertulis.
5. Hantar semua dokumen sokongan berserta dengan borang tuntutan yang lengkap dengan segera kepada pengendali insurans anda. Salinan-salinan berikut biasanya diperlukan:
i. Laporan polis.
ii. Kad pengenalan pemandu.
iii. Lesen pemandu.
iv. Kad pendaftaran kenderaan.
v. Cukai jalan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan